Friday, September 17, 2010

Tisu dari ESSO

Isi minyak RM50, percuma 1 kotak tisu. hanya di Esso.

kotak tisu berbentuk kiub

Detail kat bawah kotak.. sorry kamera aku x canggih

Tagline mesti adaaaa
Tak pasti plak aku isi berapa ringgit baru dapat kotak tisu ni.. rasanya RM30 dah layak kot utk dapat.
Mcmana dorang tau kita suka tisu??? tengok tagline dorang, at Esso, we're drivers too. Bangla yg kerja kat Esso tu pun driver gak tau cuma dorg tu prefer jalan kaki gi kerja. Besar tak besar gaji kat Esso. haha

Botol 100 plus yang boleh dikata lama

Tengah sibuk cari fail kerja kat dalam kabinet usang, aku terjumpa la 1 benda lama peninggalan bekas rakan sekerja aku dulu yang menarik perhatian aku. Botol 100plus lama..

Design ni lebih mesra-label.
Ada bentuk kocak air pada bahagian bawah. tak tahu la untuk Grip atau untuk hiasan semata mata
Botol yg lama ni pada aku lebih bagus daripada design botol baru. Botol baru 100plus ni bentuk cam peluru torpedo, label plak senang tanggal. tak minat tul. Advertising strategy la tu supaya dapat letak label yg lebih besar.

Sunquick Botol air basikal.

Tak ingat bila aku dapat benda ni, tapi aku masih simpan kat tempat kerja aku.. Biasa la, dulu bawak bekal air nak jimat.. skg ni dah ada duit skit, beli kat kantin je.

Tulisan ngan logo skali.
Bentuk ala2 pocong.. supaya kita ingat mati kot.
Penutup dia ada tempat nyonyot. Biasa la, orang tgh kayuh basikal mana sempan nak buka tutup botol air ni. dan yang paling penting hanya tuan empunya botol je yg bleh nyonyot.

Bekas air ni mmg stylo la. cuma jangan bubuh air yg bukan2 mcm teh tarik ke, milo ke, sirap bandung ke, nestum  ke.. Bukan apa, susah nak basuh nanti. Botol ni di design untuk air masak ngan air jus je. mungkin la..

Beg plastik promosi Biskut Hup Seng

lokasi: tempat kerja
Masa: makan tengahari - minum petang

Marketing strategy kompeni biskut ni macam dah tak boleh tunggu karnival Jomheboh. Dorang gi bukak booth dorang kat kantin tempat kerja aku. Dorang tengah promosi biskut ngan kopi instant. Harga pun murah2.. beli banyak jadi makin murah. Aku just beli kopi instant yg dorang promote ngan biskut kelapa... sedap gak la.sedap sebab promosi kot.

Setiap pembelian dorang akan bungkus kat dalam beg plastik khas dorang.

Besar plastik ni, bleh muat baju hujan

Detail kat side-A
Detail kat Side-B
Lebih detail kat side-B

Aku hanya mampu tunjuk beg plastik ni je, Isi dia semua dah habis kena baham dek kawan2 dan diri sendiri.

Nestum Yeah Yeah dapat bekas 3segi

Suka makan nestum?? beli skg sbb skg ni masih ada lagi percuma bekas 3segi..

Yang aku beli ni Original... Spicy dah habis

Gelas Milo.. kebetulan aku terjumpa

Aku jumpa gelas ni time kat kampung. mak mertua aku hidangkan teh tarik kat aku pakai gelas ni.

kebetulan time nak minum aku ada bawak henset.. snap la skit.
kalo dah nama MILO, mesti ada gambar orang bersukan.
Bila aku tanya mak metua aku pasal gelas ni, dia cakap dia pun x ingat bila dia dapat. Minum je la sebelum dia fikir bukan2.. dah le aku amik gambar gelas ni, pastu aku tanya dia mcmana dia dapat plak. mesti dia fikir aku ni keje forensik.

KFC salt and pepper punya penyimpan.

Barang berikutnya adalah barang percuma daripada KFC sempena ulang tahun ke35 (kot).
Dorang kasi penyimpan garam dan serbuk lada.

tu ada nombor 35, ye la kot.

siap ada marking S & P

Nak top-up, dari bawah.
kat belakang tu, tuan punya barang.
Benda ni tak la besar mana, lubang keluar dia pun kecik. Nak top-up dari bawah. pas tu marking dia pun pakai huruf S & P je. (apsal la dorg tak marking pakai warna.)..

Rasanya benda ni sesuai jadi perhiasan je. Untuk org yang selalu memasak aku mmg gerenti dorg tak prefer pakai benda ni. Dorang mesti cakap "ngade ngade la pakai benda ni.. pakai sudu/cubit lagi senang"

lemang raya, aku jakun

post yg ni saja je aku nak cerita

Siapa pernah lalu jalan gua musang-kuala kerai kelantan, tau la pasal lemang dekat kawasan kg.Pahi.
Time raya aku sempat beli 6 batang lemang di kawasan tu.

lemang lepas kena bukak
Aku pelik sebab dorg sertakan 2 peket kecik macam air gula merah (buat cicah kot?). tah ape benda tah tu. rasanya air gula kot.. Rasanya la. aku tak rasa pun benda tu. tujuan aku beli lemang sebab nak makan ngan rendang. hehe.. jakunnya aku.

Tuesday, September 7, 2010

MAMEE Ayam Kampung

Inilah salah satu produk yang menggunakan kuasa minda untuk menghasut para pengguna untuk membeli. Aku beli sebab time tu ada promotion + aku pun ingin tahu rasa ayam kampung tu macmana? ada Beza ngan Megi ayam atau mamee ayam sebelum ni??

mana tah kampung dia..?
Hasilnya, tiada beza ngan Mi segera perisa ayam yang lain.. Susah nak beza, pada aku sama. Tak tau la kalau korang punya lidah rasa lain.
Walau apa pun, kalo korang penggemar mee segera ayam. Produk ni Ok la sbb dia murah skit dari maggi ayam.

Sunquick Frisbee?

Masa mengemas rumah, tetiba terjumpa 1 benda pelik.

Frisbee?? utk beruang belaan?
Sunquick memang banyak offer barang percuma, gelas, Towel kecik. Tapi frisbee?? kenapa mesti sunquick koordial minuman ni bagi hadiah Frisbee yg pelik cam ni??
Aku dah lupa bila aku dapat benda ni tapi aku rasa adalah dalam 2 tahun. Time aku beli, Benda ni lekat skali ngan botol sunquick. Tak banyak kerja nak singgah gi kaunter tebus barang.

Ridsect nazi-nyamuk.

Antara racun penghalau serangga (nyamuk), aku suka pakai ridsect sebab dia power skit berbanding ngan shieldtox atau fumakilla. Ridsect ada 2 muncung semburan mungkin sebab tu dia power & cepat habis.

Baru2 ni aku beli pek berkembar. ada dua percuma:
1: percuma kuantiti extra
2: Percuma pencuci jamban harpic. ada tulisan not for sale.

2 percuma


PEMBUKAAN

Apa yang membuatkan aku untuk buat blog ni??
Aku ter-inspired daripada blog kawan aku jomkumpul.blogspot.com so kredit skit untuk ko la nik.

Dalam blog ni aku try explain dan komen tentang beberapa produk barangan yg aku beli, ygaku pinjam dan yg aku mintak. hahah.

Masa untuk angkat bakul dan mula menggodeh barangan runcit.. yeha..
Related Posts with Thumbnails